Friday, September 28, 2012

"Bajet-bajet je" 2013

Petang tadi baru sahaja kerajaan Malaysia telah berjaya membentangkan dan memperagakan juadah rakyat yang diberikan nama "Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati". Pelbagai idea dan inisiatif telah berjaya dimuntahkan di dewan Parlimen hanya untuk kepentingan rakyat Malaysia sendiri. Draf sokongan, bantuan dan pembangunan ekonomi dapat dilihat melalui belanjawan tersebut yang dipersembahkan oleh Menteri Kewangan dan PM Malaysia iaitu tak lain dan tak bukan, Najib Razak.


TV3, RTM dan pelbagai mainstream media yang lain telah menyiarkan rakaman tersebut di Dewan Parlimen. Namun menjadi satu persoalan dan perbualan di media-media sosial seperti Facebook apabila belajawan ini hanyalah belajawan gula-gula. Memandangkan PRU ke 13 hampir tiba, ianya telah dipandang sebagai satu belajawan yang hanya berniatkan untuk menawar tarikan undi dari rakyat Malaysia sendiri. Seberapa benarkah andaian itu?


Bagaimana dengan pembangkang Malaysia? Mereka juga telah menghidangkan satu rentangan draft atau idea ekonomi sekiranya mereka memerintah atau mentadbir Putrajaya. Ianya dilancarkan dua hari sebelum Bajet 2013. Juga, ianya dikecam oleh pelbagai pihak sebagai tidak malu dan sseperti tin kosong. Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim telah merangkakan satu rangka ekonomi yang tidak berteraskan dasar kaum, malah mereka menawarkan lebih banyak peruntukan mikrokredit untuk golongan miskin. Mereka juga mempertahankan bahawa golongan peruntukan untuk golongan bumiputera sebelum ini disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan. Benarkah?


Jadi, untuk kita bertindak adil sebagai rakyat, hendaklah kita berlandaskan fakta dan seharusnya kita meneliti kedua belah pihak sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Melalui penelitian tersebut kita boleh menyenaraikan pro & kontra memalui bajet yang dibentangkan kedua-dua mereka.

Jadi, marilah kita memuat turun draft Bajet Alternatif dan Bajet Kerajaan:



Friday, September 21, 2012

Selamat Hari Jumaat

Tiada apa yang istimewanya hari jumaat kerana ianya sama seperti hari yang lain, cuma golongan Adam (lelaki) mempunyai limpahan masa untuk beristirehat, beribadat dan bermuhasabah tatkala bekerja sepanjang masa.

Apakah kelebihan Hari Jumaat?
  • Hari Jumaat adalah penghulu segala hari (sayyidul aiyyam) kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah S.W.T. Bagi umat Islam, hari itu amatlah berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
  • Berdasarkan hadis, Hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia
  • Pada hari itu juga, Allah menciptakan Nabi Adam, hari kiamat, dan Allah mengizinkan ahli syurga untuk masuk syurga
  • Malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
"Innocence of Muslims" dan Hari Jumaat
Innocence of Muslims adalah terbitan video yang mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah. Ianya boleh dipertontonkan di Youtube dan sememangnya video ini dikecam kerana mesej yang begitu jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam.
Ia diterbit dan dinukil oleh seorang bangsat bernama Nakoula Basseley Nakoula atau "Sam Bacile".

Dan, kenapa dengan Jumaat?
Gambar demo terbaru dari JKK Fan Club

Hari Jumaat dan Aku
Hari Jumaat ini pun amatlah bermakna buat aku. Dah masuk seminggu pemergian arwah rakan karib ku.
Setiap hari aku terngiang-ngiang gelak tawa kami, gurau senda dan nasihat yang selalu diperancakkan setiap kali kami bersama. Ye, aku sentiasa iri hati sebab kau pergi pun hari Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

"Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)


Tinggal lah memori dan sekeping gambar di laptop aku.

Dari kiri: aku, mak aku, zubair (macha), kau (gaban)
"Kau pergi terlalu awal, dan aku terlalu lewat nak hargai kau.. Aku takkan pernah lupakan kau gaban, (Muhammad Adlan Shaari), aku takkan pernah lupa pesanan dan nasihat kau dan aku takkan lupa Jumaat lalu.. Selamat Hari Jumaat"